Sunday, January 16, 2011

Betul best ke couple ni..??

Jalan-jalan kat KLCC ni syok juga, saja-saja tengok keindahan alam sekililing kat taman KLCC ni. Tiba-tiba mata saya terlihat banyak juga sekelompok manusia yang duduk secara berdua-dua. Erti kata lain couple la. Tengok gelagat mereka ni, nampak macam sangat bahagia.


Melihat orang bersama pasangan rasa iri hati juga, tapi benarkah Islam membenarkan percintaan sebelum berkahwin atau budaya couple ni? Tiba-tiba saya teringat pesanan yang Allah sampaikan kepada Rasulullah 1400 tahun dahulu dalam surah Al-Israa’ 17:32

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.

Ok. Sekarang mari kita teliti ayat ini. Anda nampak apa yang saya nampak? Ye, dalam ayat ini Allah ada memberi larangan dengan berfirman jangan mendekati zina, dan tidak dikatakan jangan berzina.
Maknanya mendekatinya pun sudah ditegah, inikan pula berzina. MasyaAllah.

Sekarang saya tengah memerah otak saya, mendekati zina yang macam mana? Kalau tengokan, rasanya mereka yang bercouple ni cuma berbual-bual sahaja, makan-makan, kalau tak jumpa paling habis berbual dalam telefon ataupun SMS. Apa yang dikatakan mendekati zina?

Eh, nanti-nanti, saya dah tahu, daripada Abu Hurairah r.a dari Nabi Muhammad SAW dahulu pernah bersabda:

“nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukanya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikut atau tidak mengikuti”

Gulp! Tak sangka selama ini saya sendiri pernah berbuat zina tanpa saya sedari, astaghfirullah. Walaupun hakikatnya dengan berkata-kata sahaja dengan lelaki bukan muhrim. Itu dikatakan zina lidah. Berbalik semula mengenai hukum couple ini pula, saya dah buat satu kata kunci:

Pandang. Dengar. Cakap. Memukul. Melangkah. Rindu

Mari kita teliti kata kunci diatas, dimanakah antara kata kunci di atas yang tidak dilakukan oleh orang yang bercouple? Kalau dari pandangan, kalau dah bercouple, keluar dating, tak kan lah si lelaki dan perempuan tak tengok antara satu sama lain? Ke mereka ni keluar, letak dinding tengah-tengah, yela nak jaga pandangan katanya. Ahakz.




Kalau mendengar dan bercakap pula, memang dah jadi perkara wajib. Jarang pula saya tengok orang yang couple xbergayut kat telefon. Memukul atau memicit sms pun benda yang dilakukan juga oleh orang yang bercouple, melangkah ke pertemuan dating dan akhirnya bibit-bibit cinta ni mendatangkan rasa rindu. Jadi maknanya, bila couple, tak ada satu pun daripada kata kunci yang Rasulullah berikan ni yang tak dibuat. Allah bagi larangan jangan hampiri zina, tapi dari hadis nabi tadi, itu semua dah dikira zina, maknanya secara terang-teranglah couple ini HARAM.

MasyaAllah rupa-rupanya Allah dah terangkan mengenai perkara ni melalui ayat-ayat suci Al-quran dan mengutuskan nabi Muhammad untuk mengajarkan din Islam. Cuma kita sendiri kena rajin membaca Al-Quran yang merupakan surat cinta Allah untuk kita hambaNya yang mengandungi banyak petunjuk.



Jadi sudah terang-terang sekarang yang couple tu haram dalam islam. Abang saya ada menyatakan bercinta tanpa niat untuk berkahwin haram di sisi Islam. Saya pernah dengar dan fikir, kalau saya dah menjalinkan hubungan dengan seseorang secara serius, mestilah saya nak kahwin dengan dia. Helo, tak kanlah saya nak buang masa bercinta dengan seseorang semata-mata untuk tidak berkahwin dengan dia. Tapi nanti dulu, ulama’ ada menyatakan Allah merahsiakan 3 perkara daripada manusia yakni jodoh, ajal dan rezeki kita. Ye, saya ulang jodoh, ajal dan rezeki.

Siapa diantara kita yang boleh bagi jaminan bahawa kita akan berkahwin dengan teman lelaki /perempuan kita? Bagaimana kalau Allah dah panggil kita dulu sebelum kita disatukan dengan teman lelaki/perempuan kita? Jadi anda betul-betul yakin ke sekarang yang kita pasti akan mengahwini teman laki/perempuan kita? Angkat tangan.



Untuk lebih meyakinkan, saya akan ceritakan kisah perbualan sepasang couple
Honey: Bee, u sayang I tak?
Bee: sayang
Honey: U nak kahwin dengan I tak?
Bee: mestilah nak
Honey: bila?
Bee: kalau ada jodoh, kahwinlah

Kalau ada jodoh ye? Hurmm.. Si lelaki ni pun tak pasti dia akan kahwin dengan teman wanitanya, jadi apa matlamatnya couple? Ternyata memang Allah dah tetapkan jodoh kita di dalam kitab yang jelas dan nyata yakni Loh Mahfuz, kalau Allah kata si dia bukan jodoh kita, maka tak ada siapa pun yang boleh halang, tak kisahlah kalau bercinta sampai seratus kali, tapi kalau still tidak sampai jodoh lagi, mesti hubungan tu tak kekal lama.




Ada orang kata couple ni macam ilmu praktikal la, sebelum kita kerja, kita kena praktikal, untuk dedahkan tentang alam pekerjaan, sama macam couple, sebelum kahwin, kita nak kenal pasangan supaya tak terkejut katanya.

Hei, tapi nanti dulu, saya ada satu soalan, masalahnya ada ke manusia yang kenal manusia? 30 tahun pun belum jamin yang kita betul-betul kenal seseorang manusia tu, hanya yang Maha Menciptakan yang lebih tahu lebih baik dari kita sendiri. Kalau betul kenal, tak adalah pula kes curang dan sebagainya.

Whoa, nampaknya macam makin complicated je ni. Tapi jodoh tak akan turun dari langit, kita kena usaha. Memang betul, sepanjang hidup saya, hanya saya tahu hujan air dan hujan batu je, hujan manusia tak pernah lagi. Hehe. Afiqah jangan main-main, serious please. Memang kena usaha, tapi dalam Islam, matlamat tak menghalalkan cara. Macam mana usahanya ye? Tak kan lah saya nak iklankan diri saya, SAYA INGIN MENCARI JODOH, SILA HUBUNGI. Ataupun berdandan dan terus ke shopping complex, mana tahu jumpa jodoh kat situ. Itu bukan cara Islam yang betul. Seseorang tolong ketuk kepala saya agar saya boleh berfikir secara betul.




Ting! Saya tahu! Dalam surah An-Nur 24:26 Allah berfirman:

“wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

Terima kasih ya Allah yang mengilhamkan segala petunjuk. Sekarang saya rasa kepala saya sudah diketuk dan minda saya sudah berfungsi dengan baik. Nampak tak, Allah dah bagi jaminan yang laki-laki baik untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya. Tinggal kita berdoa diberi jodoh yang baik dan usaha yang kita perlu lakukan dengan kita sendiri berubah agar menjadi baik sesuai dengan jodoh yang diminta. Tak perlu lagi memberi alasan couple untuk kenal pasangan sebelum kahwin. Sebab belum tentu pentaksiran kita betul.

Saya andaikan mencari jodoh ni umpama mengisi borang biasiswa. Untuk mendapatkan tajaan, perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Tajaan gerenti akan dapat, cuma syarat-syarat tajaan yang perlu dipenuhi. Sama macam jodoh, Allah bagi jaminan boleh dapat yang baik janji kita pun kena baik, sebab terang-terang dinyatakan laki baik untuk wanita baik. Berubahlah dan cuba penuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Selepas dah cukup segala syarat, hantarkan borang (doa) seberapa banyak yang mungkin, kerana dalam banyak-banyak borang yang dihantar, mesti ada yang mengena.

Sekarang saya dah bergerak untuk menulis borang saya untuk dihantar, harap-harap saya telah memenuhi syarat-syarat dan mendapat tajaan yang dijanjikan. Apa lagi, jom kita semua bersama-sama menghantar borang kita. Zasss…

5 comments:

AzwaZynal said...

nice !~

ecaisyah said...

wa2...mcm xikhlas je bg comment hahahahahahhahaha =p

muhamad zairi bin marzuki said...

azwa tue memang...nk kene gigit tlinga..jom komen pnjang2 cikit..urmm, afiqah, rajin2 update blo na..menda yg baik utk dikongsi, apa salahnyer diupdate..kan2??..azwa, bek ko stuju..haha

fiqd0m02 said...

hehe.. jgn gado2.. azwa tu bz.. xpo den fhm.. zairi drp gigit telinga org bek gigit roti, lg bagos.. huhu

fiqd0m02 said...
This comment has been removed by the author.