Friday, January 14, 2011

kahwin muda.. salahke..??

hmm.. kahwin.. satu perkataan yg bukan sahaja menyatukan dua insan, tapi turut menyatukan dua keluarga.. perkahwinan adalah dianjurkan dalam islam.. nk bina masjid ni perkara yang baik, so elok dipercepatkan.. itu yg saya fikir.. tapi yg menjadi tanda tanya saya sekarang ni bila dua pasangan yang sudah yakin utk berumah tangga, tapi tiba2 mendapat bantahan dr org tua.. ayat yg biasa di dengar, " ko nk kawin sekarang..??/kjr dlu cita2/da gatal sangat nk kawin??/nanti apa kata org..??" hmm, lumrah manusia, selalu fikir apa yg org kata rather than what Allah might say to us.. sibuk je pedulikan apa yang orang kata, walhal kadang2 benda 2 elok di mata Allah, tapi sebab apa yang orang kata, kita pun xbuat..

Kenapa segelintir masyarakat terutama orang tua mempunyai persepsi yg buruk tentang kahwin muda..??
walhal depa dulu pun boleh tahan awal gak kahwinye.. hehe.. i'm not bring this issue because i want to get married at my young age right now.. juz because i've ran to my friend who suddenly got married, and when i said Alhamdulillah, some of my member said, awalnya kahwin siap dengan buat muka2 sekali.. dalam hati, "iye diorg kawin, so what..??"

Berdasarkan survey dan pemerhatian yg sempat saya buat, biasanya kalau orang tua ni tak bagi kahwin awal sebab bimbang anak tu tak dapat nak menjalankan sepenuh tanggungjawab as wife/husband.. kalau ikutkan zaman dulu, memang ramai yang kahwin muda, sebab mungkin orang zaman dahulu lebih cepat matang dari zaman sekarang. contoh paling senang adalah si gadis. Gadis zaman dahulu dilatih masuk dapur, masak tu, masak ni, kemas sana, kemas sini. Kiranya ilmu praktikal alam rumahtangga tu memang tahap master la. Cuba tengok zaman sekarang, semua kejar ilmu teori buku di tempat pengajian, jadi ilmu praktikal rumah tangga tu kalau dalam umur 20 tahun maybe masih dalam pengajian menengah rendah kot. Melainkan yang betul2 manfaatkan (macam saya, aicey promote diri, sori ye sekadar selingan)

ok2 afiqah, balik kepada topik, macam lelaki pun, cuba kita tengok ayah2 kita.. kebanyakan mereka bertanggungjawab melakukan kerja, dan boleh berfikir secara matang, tahu handle keluarga, kepada anda yang lelaki lihat diri anda dan ayah anda..?? adakah anda seperti mereka..?? hmm.. kalau ayah anda bukanlah contoh yang baik, tanyakan diri anda sendiri, adakah anda mahu menjadi seperti mereka..?? lihat sekeliling anda dan cuba ambil iktibar daripadanya..

saya tak menyokong dan juga tidak membangkang tentang isu kahwin muda ni. Mungkin ada baik dan ada buruknya. Kahwin itu tidak salah sama sekali. Tapi kita orang muda sekalian harus ingat, perkahwinan itu bukan sahaja untuk menghalalkan hubungan atau untuk melampiaskan nafsu semata-mata, tapi ia lebih dari itu. Perkahwinan ini lebih banyak memberi dari menerima, itu berdasarkan bacaan saya dan nasihat dari orang yang telah berkahwin.

Dalam kes ni, kalau anda rasa anda telah bersedia untuk berkahwin dalam umur yang masih muda, petikan daripada buku "hidup bukan rahsia- fikirkanlah!" yang saya baca, mungkin anda boleh cuba menanyakan soalan ini kepada diri sendiri, "adakah saya akan mengahwini diri saya sendiri?". "adakah saya suka seseorang seperti saya?" jika ya, kenapa? apa kelebihanya saya yang membuatkan saya fikir orang lain yang akan menjadi teman sepanjang usia saya akan bertahan dengan saya? jika tidak, dimanakah sifat buruk yang saya harus perbaiki?

Soalan ni simple, tapi mengambil masa yang panjang juga untuk jawab, cubalah. Inilah proses untuk muhasabah diri. Saya tahu mungkin anda fikir, manusia ni tak ada yang sempurna, kalau asyik macam ni sampai bila pun tak kahwin..

Memanglah manusia ni tidak sempurna dan tidak akan sempurna, tapi cubalah menjadi orang yang mencuba untuk menjadi semourna kerana dari situ kita akan sentiasa berubah demi kebaikan kita dan pasangan. Soalan tadi boleh ditanyakan untuk mengingatkan kita, sejauh mana kita ready untuk berkahwin dalam usia yang muda. Kalau dari soalan tadi memang masih banyak buruknya, berubahlah.

Kalau kepada yang dah betul-betul bersedia tak apa, tapi galakan untuk buat istikharah tu masih perlu. Kata nabi, rugilah bagi anak adam yang meninggalkan istikharah, pandai-pandailah memilih jodoh kerana jodoh ni umpama kapal yang kita pilih untuk belayar di lautan.

Kapal yang kita pilih berdasakan luaran je tanpa kita kenali selok beloknya, pada awalnya dapat merentasi lautan dengan tenang, tapi bila badai datang, dek kerana pilihanya tidak dilihat pada dalamnya ditambah pulak dengan kita sebagai nakhoda yang tidak ada selok belok kapal ni akan menyebabkan kita karam dalam gelombang akhirnya kita hanyut, kapal kemana kita pun kemana.

Jadi apa pun keputusan yang anda ingin lakukan, beringatlah.. Mulakan dengan diri kita sendiri, adakah kita dah bersedia untuk menjadi nahkoda yang baik (bagi lelaki)? dan sudahkah kita memilih kapal yang elok? Saya dah mula membina tapak yang kukuh bagi diri saya sebagai kapal,

dan berdoa agar dikurniakan nahkoda yang cemerlang, anda bagaimana?

No comments: