Saturday, June 5, 2010

sharing recharge training ESQ KL48

assalamualaikum..

semalam is the first day recharge.. Pak Ary Ginanjar Agustian (founder of ESQ 165) menjadi trainer. Rasa excited nak pergi sebab nak tengok cara penyampaianya.. Setiap trainer ada gaya persembahan yang berbeza, ada kelebihan masing-masing.. Setiap kali recharge ade je input baru yang bertambah.. tapi semestinya recharge sebab ingin muhasabah diri kembali.. maklumla nama pun insan, selalu lupa diri, nak kena ada je orang yang ingatkan.. kadang-kadang doa-doa yang cukup sesuai untuk diri sendiri, diambil untuk dijadikan amalan doa harian.. yela, nak berdoa kepada YA HALIM (Maha Penyantun) kadang-kadang ayat sendiri pon tak berapa nak santun.. malu sangat pada DIA.. Alhamdulillah, pergi recharge, banyak susun kata yang lebih santun untuk dituturkan dalam berdoa..

Nak diceritakan, semalam pergi recharge memang ramai sangat alumni yang hadir, dalam 5++,
peserta plak seramai 7++, kapasiti dewan training di Hotel Marriott hanya mampu tampung seramai 100 alumni yang terawal sahaja.. So setiap kali nak masuk dewan, mesti akan berasak-asak, kalau lewat nanti akan ditempatkan dalam satu bilik kat level bawah.. Dalam bilik tu cuma ada skrin untuk alumni menyaksikan perjalanan training yang berlangsung..

Naaahh, saat berasak-asak ini aku rasakan, begitu ramai hamba Allah yang berhimpun untuk masuk ke dewan, kalau boleh tak nak jadi yang 100 ke belakang yang akan ditempatkan ke level bawah.

Saat pintu dewan dibuka, semua tolak menolak. Dalam kekalutan, fikiranku melayang, aku seakan kaku dicelahan orang ramai, aku mula memikirkan, bagaimana ketika di akhirat nanti? saat amalan sudah dihisab, manusia akan ditempatkan ke syurga atau neraka depend atas amal masing-masing..

Aku mula membayangkan, kalau nanti di hadapan pintu syurga yang tingkat paling tinggi bersama dengan bakal penghuni syurga yang lain, semua wajah aritu indah berseri-seri. Bila pintu syurga dibuka semua akan berebut masuk untuk menerima ucapan salam dari Ilahi. Tiba turn aku, adakah aku akan menjadi penghuni syurga di barisan hadapan yang disambut baik oleh malaikat yang menjaga syurga? Atau aku ditahan malaikat dan diletakkan ke syurga yg tgkt bawah? atau yang paling teruk lagi, apakah aku layak untuk menjejakkan kakiku dimana-mana level syurga Allah?

AStaghfirullahalazim.. Apa yang aku telah kerjakan sepanjang hidupku.. Hinanya diriku dihadapanMu Ya Allah..

Saat aku melihat VVIP yang masuk dewan training tanpa perlu berasak-asak dan disambut baik oleh ATS, Adakah aku sebarisan dengan VVIP syurga yang terdiri daripada kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW (selawat dan salam kepadanya) serta para sahabat yang sememangnya dimuliakan Allah..

NUN.. (Demi kalam)
Ya Bashir (Maha Melihat) KAU saksikan apa yang aku tuliskan, Ya Mujib (Maha Mengabulkan) Terimalah doaku, ampunilah aku, peliharalah aku serta para alumni yang berkumpul dan mereka-mereka yang berjuang di jalanMU, bekerja, beribadat dan mengabdikan diri kepadaMU daripada siksa api neraka. Ya Allah, berikan kami amal yang dapat membawa kami kepada cintaMU. Ajarkan kami ikhlas, ajarkan kami redha kepadaMU.. Ya Nur (Maha Bercahaya) Sinarilah hidup kami dengan cahayaMU, didepan dan belakang kami, dikiri dan kanan kami, diatas dan dibawah kami. Ya Haadi (Maha Pemberi Petunjuk) kurniakanlah kami petunjukMU, teguhkan hati kami, tetapkan kaki kami agar sentiasa berada di jalanMU yang lurus.




Ya Allah, kami bersaksi tiada tuhan selain ENGKAU, dan Nabi Muhammad utusanMU, kami yakin ENGKAU wujud, syurgaMU benar, nerakaMU benar, dan kami yakin dengan pertemuan denganMU kelak. Maka peliharalah kami dari siksa neraka. Amin.. Al-fatihah..

No comments: