Tuesday, June 28, 2011

Mainan halus musuh, fikirkanlah

Sejak kebelakangan ni, di Malaysia makin banyak cerita-cerita seram. Kebanyakan producer-producer filem memang berlumba-lumba cerita siapa paling seram. Apa yang akan saya tuliskan ni mungkin tidak memuaskan hati segelintir pembaca. Tapi ini sudut pandang dari seorang pemikir seperti saya.

Iblis adalah musuh Allah yang nyata. Permusuhan ini tatkala Nabi Adam diciptakan. Dalam Al-Quran ada menceritakan ini semua.

Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujud melainkan iblis; ia berkata: Patutkah aku sujud kepada makhluk yang Engkau jadikan dari tanah yang diadun?

Ia (Iblis) berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasi ku? Jika Engkau beri tempoh hingga hari kiamat, tentulah aku akan menyesatkan zuriat keturunanya, kecuali sedikit


(al-Isra'<17>:61-62)

Inilah janji iblis pada Allah. Dan kita sebagai manusia harus berhati-hati kerana mainan iblis sangat halus. Tanpa kita sedari.

Bagi saya, cerita-cerita seram yang dibuat adalah tidak lain tidak bukan, sedikit sebanyak akan semakin melemahkan iman. Kerana manusia seharusnya takut pada Allah dan bukan pada tandingan-tandinganya.

Cuba fikirkan, matlamat buat cerita seram, nak suruh kecut perut. Makin takut makin bagus, sedangkan bukankah manusia itu lebih patut takutkan Allah? Dari mata turun ke hati. Apabila mata melihat otak akan menyimpan maklumat. Yang membuatkan manusia sentiasa dibayangi hantu yangg dilihat di kaca tv.

Mana taknya, ada sesetengah orang yang nak bangun tahajud malam takut nak ketandas tengah2 malam untuk berwuduk. Ini bagi saya dah melampau sehinggakan nak menghadap Allah raja langit dan bumi pun masih dibayangi oleh gambaran cerita seram yang ditontonkan.

Saya mengalami sendiri pengalaman ini, apabila menjadi jawatankuasa untuk program bersih kubur, bersih hati. Apabila saya mengajak, terus lari ketakutan. Kerana apa? banyak cerita-cerita seram yang memaparkan 'itu' di persekitaran kubur.

Walhal, kubur adalah rumah rehat kita sementara kita akan di transferkan ke kampung abadi di alam sana. Dalam satu hadis Rasulullah mengingatkan melalui sabdanya “Perbanyakkanlah mengingati akan sesuatu yang memisahkan ni’mat yaitu mati”. Dengan menziarahi kubur kita sepatutnya akan lebih mengingati mati.

Tapi yang menyedihkan, nampaknya kepercayaan/ akidah telah dipesongkan sedikit sebanyak oleh cerita-cerita yang seumpama inilah. Kalau dikaji betul-betul, begitu halus cara syaitan untuk memesongkan akidah manusia. Kita xsedar semua ni. Oleh itu Siapa yang nak disalahkan? si pembuat cerita ke si penonton?

Bagi saya dua-dua pun sama. Tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Kita ada pilihan, sama ada untuk tengok ataupun tidak. Tinggalkan lah perkara yang tidak mendatangkan faedah walau sedikit pun. Bukan tak boleh tengok boleh, keputusan di tangan masing-masing. Tepuk dada tanya iman. Fikirkanlah.

Monday, June 27, 2011

Kisah Quiz,Test, dan Final Exam

Semester kembali, dengan cabaran baru, lecturer baru, azam baru, tugasan baru dan macam-macam lagilah. Sibuk belajar, dengan assignment, campus life katanya. Tup-tup dah dekat masuk quiz first, banyak lagi tak stadi, tapi rileks la, quiz ada 4 kali, lagipun pensyarah pilih 2 yang terbaik je.

Pastu tau-tau test pertama dah mendatang, still xsedar diri lagi, masih di alam-alam mamai, last-last dapat paper yang markahnya ala-ala satu-bulat je (10) tapi phew, tengok kawan sebelah pun bulat-satu (01) je, dalam hati kata, xpela, at least ak bukan yg paling rendah. De geng r. Xpe2, pulun test 2.

Tp Test 2 pun trok jugak, last-last kesedaran muncul, mulalah merasakan selama ni masa yang ada disia2kan. Time tu la mula keluar segala yang kalau-kalau. “kalaulah tu. Kalaulah ni” hmm..

Akhirnya dengan segala kudrat tenaga tu, berhempas pulas belajar, semua soalan past sem dibuat, mujurlah masih banyak masa lagi sebelum final. Masa yang ada x disia2kan. Memang pulun habis, masuk dewan exam dengan merasakan, whoa aku dah betul2 sedia la, boleh buatla ni.. Bila tengok kertas soalan, ‘Ya Allah apa ni? Susah betul. Soalan 1 tinggal, soalan 2 tinggal.

Keluar dewan exam dengan perasaan hampa. Lalu jumpa member, bercerita, “ susahla soalan tadi, aku rasa macam fail je, memang tak boleh jawab langsung”. Ada sesetengah yang menangis sebab rasa memang langsung xboleh jawab. Killer paper.

Ini mengingatkan saya tentang cerita seorang sahabat nabi kepada seorang lagi sahabat, begini:

Qaab Al-Akhbar pernah bercerita kepada Umar.

Umar bertanya, “wahai Qaab, ceritakan kepadaku suatu kisah hari akhirat yang kalau kamu cerita nescaya aku akan menangis”.

Kata Qaab, “aku pernah mendengar nabi bercerita, nanti di padang mahsyar, akan dikumpulkan seluruh manusia menghadap Allah SWT. Ketika itu Allah akan membukakan suara pintu neraka jahannam. Ketika neraka mengeluarkan suara, terduduk sekalian manusia termasuk para nabi, para anbiya, para solihin, semuanya merayu kepada Allah. Ada ketika itu yang berdoa, “Ya Allah selesaikan urusan kami dulu, umat kami kemudian Ya Allah”.

Di saat itu orang-orang soleh tidak dapat membantu anak-anak muridnya. Di saat itu kata Qaab Al-Akhbar, “Wahai Umar, kalau kamu ketika itu ada pahala sebanyak 70 orang nabi sekalipun, kamu rasa kamu belum yakin dapat melepasi neraka Allah.”

Sekarang saya cuba membayangkan, di dunia, kita menangis, kita berkeluh kesah, apabila kita tidak dapat menjawab soalan peperiksaan. Kita takut sangat repeat paper atau extend. Tapi pernah tak seumur hidup kita, kita cuba bawa perasaan tu dengan memikirkan kalau di dunia aku menangis, berkeluh kesah sebab tak dapat jawab soalan exam, macam mana kelak aku disana?

Disaat Allah memanggilku masuk menghadap makhamah agungNya, dan disoal dengan pelbagai soalan. Diminta pertanggungjawaban, di dengarkan, diperlihatkan jahanam yang ternyata dengan amal 70 nabi pun belum tentu kita yakin dapat melepasinya.

Ini baru disebutkan dengan amal, lihatlah pula seumur hidup kita, berapa banyak kesalahan, dosa yang telah kita lakukan? Astaghfirullah.

Setiap perkara yang terjadi dihadapan mata kita ada maknanya, ada hikmahnya. Berfikirlah mengenainya agar kita terus menjadi hamba yang bersyukur, sentiasa sujud patuh kepada Dia yang menciptakan kita dari setitis air yang hina.

Ya Allah, sementara kami masih hidup Ya Allah, sementara kami masih mampu menghirup udara Mu, ampunilah dosa-dosa kami, terima segala amal-amal kami, angkat darjat dan martabat kami disisiMu. Kurniakan kami kekuatan untuk mendekati jalan kebaikan dan jihad untuk kami memerangi hawa nafsu kami.

Jadikanlah taqwa sebagai pakaian kami, ikhlas makanan kami dan sabar minuman kami ya Allah. Selamatknlah kami di dunia dan di akhirat, di saat tiada siapa yang dapat menolong kami melainkanMu. Masukkan kami ke dalam syurgaMu dengan rahmatMu. Ya mujib, ajibu dua’ ana. Amin.