Tuesday, June 28, 2011

Mainan halus musuh, fikirkanlah

Sejak kebelakangan ni, di Malaysia makin banyak cerita-cerita seram. Kebanyakan producer-producer filem memang berlumba-lumba cerita siapa paling seram. Apa yang akan saya tuliskan ni mungkin tidak memuaskan hati segelintir pembaca. Tapi ini sudut pandang dari seorang pemikir seperti saya.

Iblis adalah musuh Allah yang nyata. Permusuhan ini tatkala Nabi Adam diciptakan. Dalam Al-Quran ada menceritakan ini semua.

Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujud melainkan iblis; ia berkata: Patutkah aku sujud kepada makhluk yang Engkau jadikan dari tanah yang diadun?

Ia (Iblis) berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasi ku? Jika Engkau beri tempoh hingga hari kiamat, tentulah aku akan menyesatkan zuriat keturunanya, kecuali sedikit


(al-Isra'<17>:61-62)

Inilah janji iblis pada Allah. Dan kita sebagai manusia harus berhati-hati kerana mainan iblis sangat halus. Tanpa kita sedari.

Bagi saya, cerita-cerita seram yang dibuat adalah tidak lain tidak bukan, sedikit sebanyak akan semakin melemahkan iman. Kerana manusia seharusnya takut pada Allah dan bukan pada tandingan-tandinganya.

Cuba fikirkan, matlamat buat cerita seram, nak suruh kecut perut. Makin takut makin bagus, sedangkan bukankah manusia itu lebih patut takutkan Allah? Dari mata turun ke hati. Apabila mata melihat otak akan menyimpan maklumat. Yang membuatkan manusia sentiasa dibayangi hantu yangg dilihat di kaca tv.

Mana taknya, ada sesetengah orang yang nak bangun tahajud malam takut nak ketandas tengah2 malam untuk berwuduk. Ini bagi saya dah melampau sehinggakan nak menghadap Allah raja langit dan bumi pun masih dibayangi oleh gambaran cerita seram yang ditontonkan.

Saya mengalami sendiri pengalaman ini, apabila menjadi jawatankuasa untuk program bersih kubur, bersih hati. Apabila saya mengajak, terus lari ketakutan. Kerana apa? banyak cerita-cerita seram yang memaparkan 'itu' di persekitaran kubur.

Walhal, kubur adalah rumah rehat kita sementara kita akan di transferkan ke kampung abadi di alam sana. Dalam satu hadis Rasulullah mengingatkan melalui sabdanya “Perbanyakkanlah mengingati akan sesuatu yang memisahkan ni’mat yaitu mati”. Dengan menziarahi kubur kita sepatutnya akan lebih mengingati mati.

Tapi yang menyedihkan, nampaknya kepercayaan/ akidah telah dipesongkan sedikit sebanyak oleh cerita-cerita yang seumpama inilah. Kalau dikaji betul-betul, begitu halus cara syaitan untuk memesongkan akidah manusia. Kita xsedar semua ni. Oleh itu Siapa yang nak disalahkan? si pembuat cerita ke si penonton?

Bagi saya dua-dua pun sama. Tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Kita ada pilihan, sama ada untuk tengok ataupun tidak. Tinggalkan lah perkara yang tidak mendatangkan faedah walau sedikit pun. Bukan tak boleh tengok boleh, keputusan di tangan masing-masing. Tepuk dada tanya iman. Fikirkanlah.

No comments: